


LEDANG- 29 MAC 2010
Bertempat di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Ledang telah berlangsung Program perkhemahan Alam Semulajadi Peringkat Negeri Johor bagi siri ke-3 2010. perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari dan 3 malam ini disertai seramai 156 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kaum. Peserta-peserta adalah pelajar sekolah menengah sekitar daerah Ledang dan Muar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah; debat alam, kembara, ikhtiar hidup, 3K, kajian sawit, tayangan dokumentari Taman Negara dan Santuari Burung Kuala Gula. Program ini bertujuan membantu meningkatkan sikap bertanggung jawab dalam diri setiap murid terhadap kepentingan menjaga alam semulajadi.
Antara jurulatih yang terlibat adalah dari daerah Ledang sendiri, jabatan Pelajaran Johor dan juga segamat. Jurulatih Segamat yang terlibat ialah En. Nasir Sanusi, Eh. Ahmad Fauzi Zakaria dan En. Adnan Saad.
No comments:
Post a Comment