JUMLAH PELAWAT

PENDAFTARAN

PENGENALAN

Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah untuk memberipengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu. Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana pendidikan luar berserta dengan khidmat Jurulatih yang terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pelajaran dan agensi luar yang dibenarkan.

TATACARA PENDAFTARAN

1.1.

WALK IN’ ke Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat,

di alamat SMK Dato’ Bentara Dalam atau

2. 2. Terus Ke PPD Segamat atau

3.3. Hubungi terus Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat di talian 019- 4259308

AKTIVITI PILIHAN

Orientering

Ikhtiar hidup

Ikatan

Bantu mula

Kembara

Kawad kaki


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS

Jurulatih
Dewan (Ceramah /LDK / Perasmian dll)
PA System
Tandas
Bilik Mandi
Bekalan Elektrik / Air
Dewan Makan
Dataran Kejat
Perkhidmatan Katering
Alatan / Khemah

Monday, January 23, 2012

SALAM 2012

Assalamualaikum semua dan Salam Tahun Baru. Masih tidak terlewat untuk admin ucapkan rasanya... Dengan harapan masih segar di awal Januari ini. Memula kata admin ingin memohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini halamAN ini. Maklumlah kerjaya sebagai seorang pendidik dan juga jurulatih menuntut masa yang bukan sedikit, tambahan pula dengan pelbagai tanggung jawab baru.Justeru kadangkala blog ini terabai sedikit.

Kepada semua jurulatih, terutama Segamat khususnya dan daerah- daerah lain amnya, semoga tahun ini kita akan lebih berjaya, sama ada sebagai seorang pendidik, jurulatih atau apa sahaja gelaran yang kita miliki.Kem Bentara secara peribadinya pada tahun lalu agak kurang aktif dalam aktiviti- aktiviti daerah ( disebabkan masalah-masalah tertentu), namun permulaan tahun ini bagai ada tsunami tenaga dan semangat. Jadi kepada daerah-daerah lain harap nantikan kebangkitan semula daerah segamat.

Akhir kata renung-renungkan kata-kata pujangga berikut:

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

ABISA

Tuesday, January 25, 2011

PERKHEMAHAN 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011






BERTEMPAT DI SK SEGAMAT KECIL, PADA 21-24 JANUARI 2011. SERAMAI 30 JURULATIH TELAH BERKAMPUNG DEMI MENJAYAKAN PERKHEMAHAN 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011.PROGRAM INI MELIBATKAN PENYERTAAN DARIPADA 142 ORANG PESERTA. FOKUS PROGRAM KALI INI ADALAH MURID-MURID SEKOLAH RENDAH SEKITAR DAERAH SEGAMAT.PROGRAM YANG MENDAPAT KUNJUNGAN DARI DATO' DR. PUAD ZARKASHI ITU JUGA MELIBATKAN PENGLIBATAN DARI PELBAGAI KAUM; ANTARANYA CINA INDIA DAN MELAYU, SELAIN PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR ORANG ASLI TEMPATAN.
ANTARA AKTIVITI YANG DILAKUKAN IALAH; MASAKKAN PELBAGAI KAUM, PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU, CINA DAN INDIA, REPELLING, LATIHAN DALAM KUMPULAN, SENAMAN PAGI, KESENIAN PELBAGAI KAUM DAN BERMACAM-MACAM LAGI.

Tuesday, August 31, 2010

IHYA RAMADHAN DI PUSAT KK DAERAH SEGAMAT




Pada hari ini bersamaan 31 Ogos 2010, berlangsungnya majlis Ihya Ramadhan yang dilaksanakan di PKD segamat. Ramai jurulatih yang hadir bagi menjayakan program ini. Antara aktiviti selain dari berbuka puasa, adalah seperti membakar lemang, memasak ketupat dan membuat rendang. segala aktiviti dijalankan secara gotong royong. Tahniah diucapkan kepada Cik Zuraini yang telah menjadi Jurulatih paling awal datang ke acara. sungguh bersemangat. Kepada semua jurulatih, TAHNIAH DIUCAPKAN.

Thursday, June 3, 2010

PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010 DAERAH SEGAMAT

Bertempat di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Segamat telah diadakan perkhemahan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor bagi sesi 2010. Perkhemahan yang diadakan pada 1 hingga 4 Jun ini melibatkan seramai 107 orang peserta yang terdiri daripada berbilang kaum. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan kesedaran para peserta terhadap kepentingan sumber semulajadi dan tanggung jawab memeliharanya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti, kembara sawit dan kajian sawit, penurasan, kolaj, pembuatan bubu, water confident, kajian paya, ikhtiar hidup , malam kebudayaan dan pelbagai lagi.
Penglibatan aktif para peserta amat membantu dalam menjayakan program ini. Sekalung tahniah juga buat para jurulatih yang telah banyak memberikan khidmat dan kepakaran. TAHNIAH DIUCAPKAN.

Tuesday, May 11, 2010

KURSUS ASAS JURULATIH PUSAT KOKURIKULUM JOHOR CAWANGAN SEGAMAT





BERTEMPAT DI PUSAT KOKURIKULUM JOHOR CAWANGAN SEGAMAT (KEM BENTARA), SERAMAI 14 ORANG PESERTA TELAH MENGHADIRI KURSUS TERSEBUT YANG DIADAKAN SELAMA 6 HARI 5 MALAM BERMULA PADA 23 APRIL HINGGA 28 APRIL 2010. KURSUS YANG ANTARA LAINNYA UNTUK MENYEDIAKAN SATU SEKOLAH SATU JURULATIH KOKURIKULUM BERSESUAIAN DENGAN KPI TUAN PENGARAH PELAJARAN. SELAIN ITU, IANYA BAGI MEWUJUDKAN KUMPULAN PELAPIS BAGI JURULATIH SEDIA ADA.
DALAM UCAPTAMA YANG DISAMPAIKAN OLEH EN NORDIN BIN RAMLAN, BELIAU MENGINGATKAN KEPADA PARA PESERTA AGAR MEMBETULKAN STIGMA BAHAWA MEREKA TIDAK SEMESTINYA BERKHIDMAT SEBAGAI JURULATIH PUSAT KOKURIKULUM SEBALIKNYA SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN YANG DITERIMA BOLEH DIPRAKTIKKAN DI SEKOLAH. MEREKA JUGA AKAN BERPERANAN SEBAGAI FASILITATOR BAGI SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DI SAMPING MEWUJUDKAN HUBUNGAN ANTARA SEKOLAH DENGAN PUSAT KOKURIKULUM DAERAH.
ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH TEAM BUILDING, SURVIVAL, ORIENTERING, ASAS IKATAN DAN SIMPULAN, PENGENALAN KEPADA ALATAN ARAS TINGGI, KAYAK DAN SEBAGAINYA. JURULATIH YANG TERLIBAT SEPANJANG PROGRAM INI TERDIRI DARIPADA JURULATIH DARI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI DAN JURULATIH DAERAH SEGAMAT MANAKALA EN ZULKIFLI ZABIR DARI SMK MAOKIL TELAH DILANTIK SEBAGAI KEM KOMANDAN.
MAJLIS PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TN HJ ANUAR BIN HASHIM, KETUA UNIT SPK PPD SEGAMAT.

Tuesday, March 30, 2010

PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR SIRI 3/2010




LEDANG- 29 MAC 2010
Bertempat di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Ledang telah berlangsung Program perkhemahan Alam Semulajadi Peringkat Negeri Johor bagi siri ke-3 2010. perkhemahan yang berlangsung selama 4 hari dan 3 malam ini disertai seramai 156 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kaum. Peserta-peserta adalah pelajar sekolah menengah sekitar daerah Ledang dan Muar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah; debat alam, kembara, ikhtiar hidup, 3K, kajian sawit, tayangan dokumentari Taman Negara dan Santuari Burung Kuala Gula. Program ini bertujuan membantu meningkatkan sikap bertanggung jawab dalam diri setiap murid terhadap kepentingan menjaga alam semulajadi.
Antara jurulatih yang terlibat adalah dari daerah Ledang sendiri, jabatan Pelajaran Johor dan juga segamat. Jurulatih Segamat yang terlibat ialah En. Nasir Sanusi, Eh. Ahmad Fauzi Zakaria dan En. Adnan Saad.

Sunday, March 7, 2010

PERKHEMAHAN JATIDIRI ASRAMA SMK DATO' BENTARA DALAM, SEGAMAT






PADA 5 HINGGA 6 MAC YANG LALU SERAMAI 116 ORANG PELAJAR ASRAMA SEK MEN KEB DATO' BENTARA DALAM (SMKDBD) TELAH MENGIKUTI PERKHEMAHAN 2 HARI 1 MALAM. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN DALAM MEMBINA JATI DIRI INDIVIDU. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN, AMTARANYA IALAH, TEAM BUILDING, IKATAN, WATER CONFIDENT, KEMBARA MALAM DAN LDK. ANTARA JURULATIH YANG TERLIBAT IALAH, TN. NASIR SANUSI, TN. YAZID, TN. AHMAD FAUZI, TN SHAHARUDIN, TN.OSMAN ABDULLAH, UST OTHMAN,TN ADNAN SAAD, GURU-GURU DAN PENYELARAS ASRAMA SMKDBD. ACARA PENUTUPAN DIRASMIKAN OLEH EN SABRIN B YUSOF SELAKU GURU HEM SMKDBD.