JUMLAH PELAWAT

PENDAFTARAN

PENGENALAN

Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah untuk memberipengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu. Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana pendidikan luar berserta dengan khidmat Jurulatih yang terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pelajaran dan agensi luar yang dibenarkan.

TATACARA PENDAFTARAN

1.1.

WALK IN’ ke Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat,

di alamat SMK Dato’ Bentara Dalam atau

2. 2. Terus Ke PPD Segamat atau

3.3. Hubungi terus Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat di talian 019- 4259308

AKTIVITI PILIHAN

Orientering

Ikhtiar hidup

Ikatan

Bantu mula

Kembara

Kawad kaki


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS

Jurulatih
Dewan (Ceramah /LDK / Perasmian dll)
PA System
Tandas
Bilik Mandi
Bekalan Elektrik / Air
Dewan Makan
Dataran Kejat
Perkhidmatan Katering
Alatan / Khemah

Thursday, June 3, 2010

PERKHEMAHAN ALAM SEMULAJADI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010 DAERAH SEGAMAT

Bertempat di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Segamat telah diadakan perkhemahan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor bagi sesi 2010. Perkhemahan yang diadakan pada 1 hingga 4 Jun ini melibatkan seramai 107 orang peserta yang terdiri daripada berbilang kaum. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meningkatkan kesedaran para peserta terhadap kepentingan sumber semulajadi dan tanggung jawab memeliharanya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti, kembara sawit dan kajian sawit, penurasan, kolaj, pembuatan bubu, water confident, kajian paya, ikhtiar hidup , malam kebudayaan dan pelbagai lagi.
Penglibatan aktif para peserta amat membantu dalam menjayakan program ini. Sekalung tahniah juga buat para jurulatih yang telah banyak memberikan khidmat dan kepakaran. TAHNIAH DIUCAPKAN.

No comments:

Post a Comment