JUMLAH PELAWAT

PENDAFTARAN

PENGENALAN

Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah untuk memberipengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu. Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana pendidikan luar berserta dengan khidmat Jurulatih yang terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pelajaran dan agensi luar yang dibenarkan.

TATACARA PENDAFTARAN

1.1.

WALK IN’ ke Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat,

di alamat SMK Dato’ Bentara Dalam atau

2. 2. Terus Ke PPD Segamat atau

3.3. Hubungi terus Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum Johor Cawangan Segamat di talian 019- 4259308

AKTIVITI PILIHAN

Orientering

Ikhtiar hidup

Ikatan

Bantu mula

Kembara

Kawad kaki


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS

Jurulatih
Dewan (Ceramah /LDK / Perasmian dll)
PA System
Tandas
Bilik Mandi
Bekalan Elektrik / Air
Dewan Makan
Dataran Kejat
Perkhidmatan Katering
Alatan / Khemah

Monday, January 18, 2010

GOTONG-ROYONG






ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
PADA 10 JANUARI 2010, TELAH DIADAKAN SATU MAJLIS GOTONG ROYONG BAGI MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR PUSAT KK SEGAMAT. AKTIVITI ITU ANTARA LAIN ADALAH UNTUK MEMBERSIHKAN TAPAK PERKHEMAHAN DAN JUGA KAWASAN-KAWASAN AKTIVITI DARIPADA SISA-SISA PEMBINAAN, SETELAH SELESAI PROSES MENAIKTARAF.
HAMPIR KESELURUHAN JURULATIH TELAH BERSAMA-SAMA MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR.
SELAIN ITU JUGA KESEMPATAN DIAMBIL UNTUK MENGADAKAN SESI PENGAMBARAN KHAS BAGI SESI 2010.
SESI 2010 MEPERLIHATKAN PELBAGAI KEMUDAHAN BARU YANG DIWUJUDKAN. INI TERMASUKLAH SURAU, DEWAN MAKAN, TAPAK PERKHEMAHAN YANG LEBIH LUAS DAN SELESA, TANDAS, KOLAM, BASIKAL DAN PELBAGAI LAGI.

No comments:

Post a Comment